Bukan scammer, status import Penang FC dari Malawi akan diumum
GEORGETOWN – Pihak pengurusan Penang FC menafikan dakwaan pemain importnya, Mzawa Limbikani, terbabit dalam kegiatan penipuan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Exco Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi berkata, pengurusan kelab kini sedang mengambil tindakan terhadap pemain tersebut dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.
“Pihak pengurusan sedang mengambil tindakan terhadap pemain berkenaan, namun bukan seperti dakwaan yang mengaitkannya sebagai scammer.
“Jendela perpindahan masih dibuka sehingga hujung bulan ini,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.
Sebelum ini, beberapa penyokong dan peminat Penang FC mendakwa Mzawa dikaitkan dengan sindiket penipuan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi.
Situasi tersebut semakin hangat apabila pemain itu tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama ketika Penang FC menentang Terengganu, baru-baru ini.
Daniel turut menyeru semua pihak memberi ruang kepada pengurusan kelab untuk mengendalikan perkara berkenaan secara profesional demi menjaga nama baik pasukan dan pemain.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








