
Yee Fatt, Manzor Azwira direhatkan Penang FC
KUALA LUMPUR – Ketua Jurulatih Penang FC, Chong Yee Fatt dan penolongnya, Manzoor Azwira Abd Wahid direhatkan susulan prestasi buruk yang ditampilkan pasukan yang berpangkalan di utara tanah air itu sejak kebelakangan ini.
Menurut Penang FC dalam satu kenyataan, kedua-dua mereka direhatkan sehingga selesai Liga Super musim ini.
“Semua pengendalian latihan dan penyusunan urusan perlawanan menentang Sri Pahang FC dan Terengganu FC di laman sendiri dan perlawanan terakhir menentang JDT FC akan dikendalikan oleh Akmal Rizal Ahmad Rakhli (caretaker),” katanya.

Minggu lalu, Penang FC gagal melangkah ke pentas akhir MFL Challenge Cup 2023 selepas tewas kepada PDRM FC.
Malah prestasi pasukan Harimau Kumbang itu terus merudum apabila tewas perlawanan demi perlawanan dalam Liga Super.
Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, pihaknya berharap peminat bola sepak di Pulau Pinang dapat turun beramai-ramai memberikan semangat dan sokongan kepada Akmal Rizal dan para pemain yang akan menggalas tugas berat ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






