BERITA SEMASAPMX

Anwar zahir takziah tragedi kemalangan 11 kenderaan di Temerloh

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan membabitkan 11 kenderaan di Kilometer 110.4, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh, semalam.

Kemalangan itu mengorbankan empat individu, termasuk tiga sekeluarga, manakala tiga lagi mangsa cedera.

Anwar berkata, antara mangsa yang terkorban adalah sebuah keluarga yang sedang dalam perjalanan pulang selepas menyambut Hari Kebangsaan.

“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Takziah kepada seluruh keluarga mangsa tragedi kemalangan di Temerloh yang meragut nyawa, termasuk sebuah keluarga yang sedang dalam perjalanan pulang selepas menyambut Hari Kebangsaan.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan mengurniakan kekuatan serta ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau sudah meminta pihak berwajib menjalankan siasatan dengan teliti bagi mengenal pasti punca kejadian.

Beliau turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati serta mematuhi peraturan ketika memandu.

“Saya telah meminta pihak berwajib menjalankan siasatan dengan teliti bagi mengenal pasti punca kejadian. Kepada semua pengguna jalan raya, berhati-hatilah, patuhi peraturan dan utamakan keselamatan diri serta keluarga setiap kali berada di jalan raya,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button