
Beras Putih Malaysia Madani mampu perangi kartel – PM
KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan Beras Putih Malaysia Madani mampu membantu negara memerangi kartel daripada memonopoli industri padi dan beras negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri walau bagaimanapun menyatakan, belum ada sebarang keputusan dibuat bagi pelaksanaan Beras Putih Malaysia Madani.
“Tidak. Ini boleh memerangi penglibatan kartel.
“Kita akan bincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) belum ada keputusan,” katanya selepas melancarkan program Memperkasakan PKS, ‘myimpact SME Hub’ di Menara Maybank, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai gesaan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh yang mahu Perdana Menteri supaya tidak membenarkan cadangan Beras Putih Malaysia Madani Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dilaksanakan
Menurut Akmal Saleh, sekiranya Beras Putih Malaysia Madani ini diwujudkan, pihaknya yakin beras putih tempatan tidak akan ada di pasaran.
Terdahulu, Syed Abu Hussin pada 14 Februari lalu mencadangkan agar Kerajaan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani bagi menggantikan beras putih tempatan dan import.
Syed Abu Hussin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) berkata, pengenalan Beras Putih Malaysia Madani itu adalah bagi memerangi aktiviti manipulasi melibatkan bekalan beras putih tempatan sehingga ia sukar didapati di pasaran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








