PM rasmikan penutupan Program Rancakkan MADANI di Putrajaya hari ini
PUTRAJAYA – Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku yang berlangsung sejak dua hari lalu di sini bakal dirasmikan penutupannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Program yang dijadualkan bermula pada pukul 11 pagi itu akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, disusuli bacaan ikrar Rukun Negara oleh petugas Kementerian Perpaduan Negara Muhammad Ismail Aminuddin, persembahan pembukaan daripada Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, sebelum disusuli dengan ucaptama Perdana Menteri.
Pada majlis itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual meluncurkan projek rakyat, iaitu Sahabat Penggerak MADANI dan Skim Insuran Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 3.0.
Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku merupakan tradisi pelaporan tahunan kerajaan bagi menonjolkan pencapaian, kemajuan dasar dan hasil reformasi kerajaan secara terus kepada rakyat yang menjadi medan titik temu antara kerajaan dan rakyat terutama dalam memperlihatkan ekosistem dasar kerajaan dengan cara yang mudah diakses dan holistik.
Program itu menampilkan inisiatif merentasi lapan segmen utama, termasuk Produk Rakyat MADANI, Belia MADANI, reformasi perkhidmatan awam, kesejahteraan rakyat, hubungan antarabangsa dan persediaan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Ia dianjurkan oleh Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbadanan Produktiviti Malaysia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








