BERITA SEMASAPMX

PM merafak sembah ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Ke-80 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

“Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut mendoakan agar Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta seluruh kerabat diraja terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan serta kekal qarar memayungi rakyat Selangor.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button