BERITA SEMASAPMX

Anwar imbau kenangan di Penjara Sungai Buloh, bertemu keluarga di sebalik kaca

KUALA LUMPUR – Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali kenangan ketika berada di Penjara Sungai Buloh menerusi satu hantaran di Facebook mencuri perhatian netizen.

Melalui hantaran tersebut, Anwar berkongsi gambar yang memaparkan beliau bertemu keluarganya di sebalik kaca, dengan komunikasi dilakukan menggunakan telefon.

“Kenangan di Sungai Buloh. Bertemu keluarga di sebalik kaca, hanya melalui telefon. Momen yang kekal dalam ingatan,” tulisnya menerusi hantaran yang disertakan tanda pagar #throwback.

Hantaran berkenaan mendapat perhatian pengguna media sosial dengan lebih 28,400 reaksi, 4,100 komen dan 723 perkongsian semula.

Ruang komen turut memperlihatkan pelbagai reaksi, termasuk pengguna yang menitipkan doa dan kata-kata sokongan kepada Perdana Menteri.

Seorang pengguna, Ruqayyah Abd Fatah mendoakan Anwar terus memimpin negara, selain mengaitkan pengalaman berkenaan dengan kisah Nabi Yusuf AS yang melalui kehidupan di penjara sebelum menjadi pemerintah Mesir.

“Saya doakan PMX terus gagah menerajui negara untuk penggal-penggal akan datang. Tak salah kita mengenang kenangan. Nabi Yusuf juga dari penjara ke pemerintah tertinggi Mesir,” komennya.

Pengguna lain, Mohd Hadi pula menulis: “Dari tempat serendahnya, Allah angkat tempat setingginya. Perancangan Allah siapa yang tahu.”

Amirudin Abdul Majid turut berkongsi pandangan mengenai putaran kehidupan, manakala Norazliza Ghazali menyifatkan perjalanan Anwar sebagai ‘dari tirai besi diangkat menjadi Perdana Menteri’.

Anwar sebelum ini menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button