BERITA SEMASA

Ismail Sabri sarankan PM Anwar angkat cadangan jadikan bahasa Melayu bahasa kedua ASEAN

KUALA LUMPUR – Perdana Mentyeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disarankan supaya terus mengangkat cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di rantau ini sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia bermula tahun hadapan.

Saranan itu diutarakan oleh bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, hari ini, yang menambah, usaha itu secara tidak langsung dapat meningkatkan martabat bahasa berkenaan di rantau ini.

Menurut Ismail Sabri, beliau pernah membincangkan perkara ini dengan bekas presiden Indonesia Joko Widodo, ketika menjadi perdana menteri pada tahun 2022

“Saya haraplah, Perdana Menteri (Anwar) boleh suarakan pandangan ini.

“Sekiranya tidak jadi agenda Utama Asean pun, sekurang-kurangnya pemimpin kita bercakap menggunakan bahasa Melayu dalam sidang ASEAN nanti. Dengan itu mungkin boleh mempengaruhi negara-negara lain, seperti Thailand dan Kemboja, yang juga mempunyai ramai penutur bahasa Melayu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pertubuhan Aspirasi Bahasa Melayu Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai usaha memperkasakan bahasa Melayu di Malaysia, beliau turut berharap pemimpin kerajaan menggunakan sepenuhnya bahasa berkenaan dalam majlis-majlis rasmi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button