Pelari KLSCM dipercayai terbabit kemalangan, video tular di Threads
KUALA LUMPUR – Rakaman video memaparkan kemalangan dipercayai membabitkan penunggang motosikal, beberapa peserta Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2026 dan sebuah kenderaan tular di laman Threads, hari ini.
Dalam video berdurasi pendek itu, seorang individu dipercayai penunggang motosikal dilihat terbaring di atas jalan, manakala beberapa peserta larian berada berhampiran lokasi kejadian.
Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan jumlah sebenar individu yang terbabit atau sama ada terdapat kecederaan serius dalam kejadian berkenaan.
Kejadian itu dipercayai berlaku ketika acara KLSCM 2026 berlangsung di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur, namun lokasi dan masa sebenar kemalangan masih belum disahkan secara rasmi.
Beberapa peserta KLSCM 2026 turut dilihat meluahkan rasa berang dan kecewa menerusi media sosial susulan kejadian berkenaan, khususnya berhubung aspek keselamatan peserta ketika acara berlangsung.
KLSCM 2026 bagi kategori 1 kilometer, 2 kilometer, 5 kilometer dan 10 kilometer berlangsung hari ini, manakala acara 21 kilometer dan 42 kilometer dijadualkan berlangsung esok.
Sementara itu, setakat ini pihak berkuasa atau penganjur belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kemalangan yang dipaparkan dalam rakaman tular terbabit.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








