CCTV rakam cubaan rompak rumah di Jenderam Hulu
DENGKIL – Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan cubaan rompakan di sebuah rumah di Jenderam Hulu awal pagi semalam tular di media sosial.
Pengguna Threads, @sheswani, yang memuat naik rakaman tersebut mendakwa kejadian berlaku sekitar pukul 2.15 pagi ketika suspek dipercayai cuba menceroboh kediaman ibunya.
“Allahuakbar, cubaan merompak rumah ibu saya di Jenderam Hulu malam tadi sekitar pukul 2.15 pagi. Bila tak berjaya, mereka meluru ke Salak Hill,” tulisnya.
Beliau turut mengingatkan penduduk berhampiran supaya lebih berwaspada kerana kawasan berkenaan didakwa kerap menjadi sasaran kumpulan perompak sejak kebelakangan ini.
“Hati-hati semua, kawasan berdekatan memang jadi sasaran sejak kebelakangan ini. Semoga Allah SWT lindungi kita dan perompak ini tertangkap cepat atau lambat,” katanya.
Setakat ini, polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








