Hantaran ‘Fadhlina Buat Apa?’ raih lebih 600 komen di Threads
KUALA LUMPUR – Hantaran Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menerusi aplikasi Threads yang memperkenalkan segmen ‘Fadhlina Buat Apa?’ mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Hantaran berkenaan menerima lebih 1,600 tanda suka selain dihujani lebih 600 komen setakat ini.
Ruangan komen turut menyaksikan pelbagai reaksi pengguna, termasuk pandangan, cadangan serta aduan yang ditujukan secara terus kepada Menteri Pendidikan berhubung isu berkaitan pendidikan.
Sebelum ini, Fadhlina menerusi hantaran berkenaan memaklumkan beliau akan memulakan segmen ‘Fadhlina Buat Apa?’ bagi berkongsi satu demi satu perkara yang telah dilakukan dan dicapai oleh pasukan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepanjang pentadbiran Kerajaan MADANI.
“Tak kurang juga yang tag dan bertanya, ‘Fadhlina buat apa?’ Soalan yang baik. Dan rasanya memang wajar dijawab.
“Jadi selepas ini saya akan mulakan satu segmen ‘Fadhlina Buat Apa?’ untuk berkongsi satu demi satu apa yang telah dilakukan dan dicapai oleh pasukan KPM sepanjang pentadbiran Kerajaan MADANI,” katanya dalam hantaran di aplikasi Threads semalam.
Menurutnya, terdapat inisiatif yang mungkin sudah diketahui umum, namun ada juga yang mungkin belum diketahui ramai.
“Ada yang mungkin kita pernah dengar. Ada juga yang mungkin ramai belum tahu.
“Satu-satu kita cerita,” katanya lagi.
Segmen berkenaan menjadi ruang untuk Fadhlina menjelaskan secara terus kepada orang ramai mengenai usaha dan pencapaian KPM sepanjang tempoh pentadbirannya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







