BERITA SEMASA

Jerebu: Semua sekolah di tiga negeri, Putrajaya dan empat PPD Selangor ditutup esok

KUALA LUMPUR – Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup esok susulan situasi jerebu semasa.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menerusi pemakluman hari ini berkata, penutupan itu turut membabitkan sekolah di beberapa daerah di Selangor dan Pahang.

Di Selangor, sekolah yang terlibat ialah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat dan Sepang.

Sementara itu, di Pahang, penutupan membabitkan sekolah di bawah PPD Kuantan dan Rompin.

Bagaimanapun, sekolah di Kuala Lumpur, Labuan, Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa.

Fadhlina berkata, pihak sekolah yang beroperasi diminta memastikan aktiviti luar dipantau berdasarkan keadaan kualiti udara semasa.

“Ibu bapa, murid dan warga sekolah juga dinasihatkan supaya memakai pelitup muka yang bersesuaian apabila berada di luar khususnya di kawasan yang terjejas akibat jerebu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sekolah di daerah lain di Selangor dan Pahang yang tidak disenaraikan dalam pemakluman itu juga meneruskan operasi seperti biasa.

Beliau turut meminta semua pihak mengikuti makluman rasmi daripada pihak sekolah, PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung operasi sekolah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button