Tangguh dahulu perjalanan ke Arab Saudi – Mohamad
SEPANG – Rakyat Malaysia dinasihatkan menangguhkan perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan menunaikan ibadah umrah buat sementara waktu
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, nasihat itu susulan serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Sabtu lepas yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terkorban dan 300 cedera.
“Di Mekah masih tidak ada (insiden). Cumanya ada misil yang telah meletup di Riyadh… jadi kita minta supaya rakyat Malaysia elok tangguhkan dahulu perjalanan kita ke sana (Mekah dan Madinah),” katanya selepas menghadiri kebarangkatan pulang Raja Jordan Raja Abdullah II di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.
Semalam, Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terkorban atau cedera susulan serangan tersebut dan insiden projektil jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, Arab Saudi juga pada hari Sabtu.
Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi dalam satu kenyataan memaklumkan, 12 orang terdiri daripada empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat (AS), Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan terkorban, manakala 309 lagi cedera dalam insiden serangan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








