LUAR NEGARA

Arab Saudi gantung sementara visa kepada 14 negara

ISLAMABAD – Arab Saudi mengenakan larangan visa sementara terhadap 14 negara menjelang musim haji tahun ini.

Menurut portal The News, larangan itu dikenakan terhadap visa umrah, perniagaan dan visa keluarga dengan sekatan dijangka berakhir pada pertengahan Jun.

Laporan sama yang memetik sumber diplomatik berkata, pemegang visa umrah hanya boleh memasuki Arab Saudi sehingga 13 April ini.

Sewlain Pakistan, negara lain yang termasuk dalam senarai sekatan itu India, Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iraq, Nigeria, Jordan, Algeria, Sudan, Ethiopia, Tunisia dan Yaman.

Sementara itu, Kementerian Luar Arab Saudi memaklumkan, penggantungan visa sementara itu bertujuan untuk membantu mengawal perjalanan semasa musim haji dan memastikan keselamatan terkawal, lapor Dhaka Tribune.

Pihak berkuasa menggesa pemohon visa supaya mematuhi peraturan baharu itu sambil memberi amaran, kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan penalti.

Menurut sumber, sesiapa yang kekal di Arab Saudi secara haram mungkin berdepan larangan masuk selama lima tahun pada masa hadapan.

Antara sebab utama sekatan sementara termasuk, kebimbangan terhadap cubaan menunaikan haji tanpa kebenaran dengan mengambil contoh kejadian pada musim haji lalu apabila ada individu yang masuk menggunakan visa pelbagai namun, tinggal secara haram hingga musim haji untuk menunaikan ibadah itu.

Keadaan terbabit mengakibatkan kesesakan dan risiko keselamatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button