Wisma Putra sahkan Nadia Kesuma sudah keluar dari Arab Saudi
KUALA LUMPUR – Pelakon, Nadia Kesuma, yang sebelum ini dilaporkan tidak dapat dihubungi ketika berada di Arab Saudi, disahkan telah meninggalkan negara berkenaan berdasarkan rekod pergerakan imigresen.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengesahan itu diperoleh hasil semakan pihak berkuasa Arab Saudi selepas usaha pengesanan dilakukan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Konsulat Malaysia di Jeddah.
Menurut beliau, rekod imigresen menunjukkan Nadia berlepas ke Arab Saudi melalui sebuah syarikat pengendali umrah sebelum keluar dari negara itu, namun destinasi seterusnya masih belum dapat dipastikan.
“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, satu laporan polis akan dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) selepas tempoh pencarian kira-kira 20 jam,” memetik laporan MG online.
Sebelum itu, Nadia dilaporkan gagal dihubungi selepas melakukan perjalanan dari Kuala Lumpur ke London dengan transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Arab Saudi, pada Khamis lalu.
Keadaan itu mendorong suaminya, Prof Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, merayu campur tangan kerajaan bagi mempercepatkan usaha pengesanan melalui saluran diplomatik.
Kamarul berkata, beliau telah membuat laporan kepada Wisma Putra serta Konsulat Malaysia di Jeddah dan menerima kerjasama serta panduan berterusan daripada kedua-dua pihak.
Difahamkan, Nadia yang dikenali sebagai individu gemar mengembara lazimnya akan memaklumkan pergerakannya kepada keluarga setiap kali tiba di sesebuah negara, namun komunikasi kali ini terputus tanpa sebarang makluman awal.
Usaha menjejaki keberadaan pelakon berkenaan masih diteruskan oleh pihak berkuasa berkaitan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







