BERITA SEMASAPMX

PM umum RTM siar F1 GP Bahrain 2026 secara langsung

KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung perlumbaan Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi perkongsian di Facebook hari ini.

“Berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia! RTM akan menyiarkan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 secara langsung agar kemeriahan perlumbaan ini dapat dinikmati bersama.

“Saya berharap siaran langsung ini memberi peluang kepada rakyat di seluruh pelosok tanah air untuk merasai debaran perlumbaan bertaraf dunia dari Litar Antarabangsa Sepang,” katanya.

Perlumbaan kemuncak GP Bahrain akan berlangsung Ahad ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button