PM kembali selepas lawatan ke tiga negara
SEPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air awal pagi tadi selepas menamatkan rangka lawatan kerja dan rasmi ke tiga negara.
Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa beliau bersama delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 2.04 pagi.
Lawatan tersebut merangkumi tiga hari kunjungan kerja ke Rom, Itali, diikuti dua hari lawatan rasmi ke Paris, Perancis, sebelum menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS Ke-17 di Rio de Janeiro, Brazil.
Sepanjang lawatan itu, Anwar turut mengadakan pertemuan dua hala bersama pemimpin utama termasuk Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni; Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva.
Mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Dalam kesibukan jadual, Anwar hari ini hadir merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) Ke-58 di ibu negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








