BERITA SEMASA

Isu vape, dadah: GEG wajar dihidupkan semula – Dr. Akmal Saleh

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh menyambut baik gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar isu penyalahgunaan vape dan dadah dalam kalangan anak muda diselesaikan segera.

Bagaimanapun, beliau menegaskan langkah itu memerlukan tindakan dasar yang konsisten dan berani termasuk menghidupkan semula usaha Generational End Game (GEG) yang pernah dicadangkan sebelum ini.

Tangkap layar hantaran di Facebook Dr. Akmal mengenai GEG.

“Sejak awal lagi kita konsisten membawa cadangan GEG demi memastikan generasi akan datang dapat dilindungi daripada ketagihan dadah dan vape.

“Malangnya, usul GEG itu tidak dibawa dan tidak diluluskan di Dewan Rakyat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut melahirkan kebimbangan apabila kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan vape daripada Akta Racun, menyebabkan penjualan dan penggunaan vape menjadi semakin berleluasa tanpa kawalan undang-undang yang kukuh.

Sehubungan itu, beliau memohon agar Perdana Menteri melihat kembali cadangan GEG dan membawa usul tersebut ke Dewan Rakyat demi masa depan anak bangsa.

“Ini bukan isu politik. Ini soal generasi. Kami mohon agar kerajaan bertindak tegas dan konsisten,” tegasnya.

Semalam, media melaporkan gesaan Perdana Menteri agar melakukan tindakan segera dalam menangani isu dadah yang sudah berlarutan sejak puluhan tahun tanpa sebarang penyelesaian konkrit.

Anwar berucap sedemikian pada majlis perasmian Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI bertemakan Guru Pemangkin Patriostisme Negara di Kompleks Perbadanan Putrajaya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button