BERITA SEMASAPMX

‘Berkasih sayang, rahmah dapat semai perpaduan’ – PM Anwar

PUTRAJAYA – Semua rakyat Malaysia diseru untuk menyemai benih budaya perpaduan dan membuang mesej berbaur kebencian dengan sikap berkasih sayang juga rahmah antara satu sama lain.

Mesej berkenaan disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 Wilayah Persekutuan, hari ini.

“Semailah benih budaya perpaduan dan membuang mesej berbaur kebencian dengan sikap berkasih sayang juga rahmah antara satu sama lain,” kata Anwar dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini .

Beliau menambah, mesej ini selaras dengan konsep Madani yang menuntut rakyat Malaysia menyantuni semua dan bermuafakat dalam menjayakan agenda pembangunan di negara ini.

Anwar turut mengucapkan selamat menyambut Ulang Tahun Ke-50 kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Semoga Wilayah Persekutuan terus maju, mampan dan sejahtera,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button