Flotilla: Anwar hubungi pemimpin dunia, desak pembebasan 23 rakyat Malaysia ditahan Israel
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim segera menghubungi beberapa pemimpin dunia bagi mendesak campur tangan antarabangsa susulan penahanan 23 rakyat Malaysia bersama aktivis lain di atas kapal Global Sumud Flotilla (GSF) oleh rejim Israel.
Perdana Menteri berkata, beliau telah menghubungi rakan sejawat dari Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bagi memaklumkan perkara tersebut.
Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, beliau juga akan mengadakan perberbincangan dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi pada petang ini.
“Apa yang didakwa kesalahan mereka hanyalah keprihatinan atas prinsip kemanusiaan, membantu yang lemah, kelaparan dan sakit termasuk wanita serta kanak-kanak.
“Jika itu pun dianggap satu kesalahan, maka nilai kemanusiaan kita sudah tidak berharga sama sekali,” katanya dalam satu hantaran video di Facebook milik beliau hari ini.
Dalam pada itu, Anwar memaklumkan, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut mengadakan perbincangan dengan beberapa rakan sejawat termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Antonio Rubio.
Katanya, usaha itu bertujuan memastikan pembebasan segera semua yang ditahan serta memberi laluan selamat kepada misi bantuan kemanusiaan untuk Gaza.
Beliau turut berdoa agar kezaliman rejim Israel segera dihentikan dan saluran bantuan kemanusiaan ke Gaza dapat disampaikan tanpa halangan.
@malaysiatribune PMX janji akan menghubungi rakan-rakan lain meminta campur tangan memastikan kekebasan semua peserta Global Sumud Flotila atas prinsip kemanusian bagi membantu mereka yang susah. –#Malaysiatribune #malaysiatribune #beritasemasa #beritatiktok #kerajaanmadani #palestine #gsf #gaza #sumudnusantara #mapim
Sebelum ini media melaporkan, Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby mengesahkan kapal GSF telah dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa ketika konvoi itu menuju ke Gaza bagi misi kemanusiaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








