JENAYAH & MAHKAMAH

Polis Pahang masih buru dalang kes samun kedai emas di Genting

KUANTAN – Polis Pahang masih meneruskan usaha memburu dalang utama kes samun kedai emas di SkyAvenue, Genting Highlands, susulan penahanan tujuh suspek.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kesemua suspek termasuk seorang wanita yang ditahan setakat ini, dipercayai mempunyai kaitan dengan dalang berkenaan.

“Suspek merangkumi tiga warga asing, iaitu dua lelaki dan seorang wanita. Mereka berusia antara 25 hingga 64 tahun,” katanya.

Azry berkata enam suspek berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan polis, manakala seorang warga China yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, direman sehingga 10 Okt.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata.

Awal hari ini, Azry memberitahu bahawa warga China berusia dalam lingkungan 40-an itu merupakan suspek terbaharu ditahan selepas dia tiba di KLIA, semalam.

Dalam kejadian samun pada 17 Ogos lalu, tiga lelaki bertopeng yang bersenjatakan kapak dan kuku kambing telah memecah masuk kedai emas berkenaan sebelum melarikan pelbagai barang kemas dianggarkan bernilai RM1.7 juta.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button