Dr Akmal sifatkan hubungan dengan Zahid istimewa, lambang kekuatan keluarga UMNO
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menyifatkan hubungan antara beliau dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai sesuatu yang istimewa, khususnya dalam memperkukuh semangat kekeluargaan parti.
Menurutnya, meskipun tidak bertemu setiap hari, setiap pertemuan memberi ruang untuk mereka berbincang dan berkongsi pandangan mengenai pelbagai perkara.
“Hubungan ayah dengan anak lelaki ini sangat istimewa. Tidak perlu hari-hari jumpa tetapi bila berjumpa banyak perkara yang dapat diluahkan dan disepakati bersama.
“Itulah indahnya keluarga UMNO,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.
Dr Akmal turut menegaskan bahawa semangat yang dibawa dalam UMNO adalah untuk menyatupadukan umat, bukannya memecah-belahkan masyarakat.
“Kita menyatupadukan, bukan memecah-belahkan ummah,” katanya.
Beliau turut berkongsi gambar menghadiri sesi moreh bersama Ahmad Zahid menerusi hantaran tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















