BERITA SEMASAPOLITIK

UMNO pelawa bekas ahli kembali sertai perjuangan parti

KUALA LUMPUR – UMNO membuka ruang kepada bekas ahli yang pernah dipecat atau digantung keahlian untuk kembali menyertai parti itu dalam usaha memperkukuh semula kekuatan organisasi berkenaan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sempena bulan Ramadan yang penuh dengan nilai kemaafan dan muhasabah diri, parti berkenaan bersedia melupakan segala perbezaan serta kekhilafan lalu demi membuka lembaran baharu dalam perjuangan politik.

Menurut beliau, langkah itu juga bertujuan menyatukan kembali keluarga besar UMNO agar parti tersebut terus kukuh dalam memperjuangkan agenda agama, bangsa dan negara.

“Jawatankuasa Rumah Bangsa yang dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menyelaras proses kemasukan semula bekas ahli melalui prosedur yang ditetapkan berdasarkan Perlembagaan UMNO.

“Semoga usaha ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan menjadi titik penyatuan yang memperkukuh kembali kekuatan parti dalam meneruskan kelangsungan agenda perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air serta memastikan masa depan lebih baik untuk rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Ramadan merupakan waktu paling sesuai untuk mempertautkan kembali hubungan dalam parti, selari dengan tuntutan Islam yang menggalakkan umatnya bermuhasabah, memperbaiki hubungan dan mengukuhkan ukhuwah.

Beliau turut menegaskan bahawa kekuatan sesebuah parti politik bukan sahaja bergantung kepada struktur organisasi, tetapi turut dibina melalui sokongan, kesetiaan dan kebersamaan seluruh ahli di setiap peringkat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button