BERITA SEMASAPMX

PM hargai pengorbanan jururawat sempena Hari Jururawat Sedunia

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh jururawat di negara ini atas jasa dan pengorbanan mereka dalam menjaga kebajikan serta kesihatan rakyat.

Sempena sambutan Hari Jururawat Sedunia hari ini, beliau berkata, jururawat adalah kerjaya mulia yang menuntut pengorbanan, kekuatan jiwa dan ketulusan hati yang luar biasa.

Anwar Ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Foto Facebook

“Sejak lahir ke dunia, antara yang terawal menyambut dan menjaga kita adalah para jururawat.

“Mereka ada tatkala ibu menahan sakit melahirkan kita, ada mendengar tangisan pertama kita, menjaga ketika kita diuji sakit dan terus setia berkhidmat menjaga hingga ke penghujung usia kita.

“Dalam perjalanan hidup, hampir setiap daripada kita pernah merasai sentuhan ihsan seorang jururawat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Anwar, jururawat bertindak menenangkan pesakit yang menahan derita, memujuk anak kecil yang ketakutan, memberi kekuatan kepada keluarga yang cemas dan dalam banyak keadaan, menjadi insan yang paling dekat memahami keadaan pesakit.

Malah, pengalaman serta ketelitian mereka juga menjadi tonggak penting membantu doktor memberikan rawatan terbaik.

“Besarnya jasa jururawat sering tidak terungkap dengan kata-kata, namun pengorbanan mereka amat besar nilainya buat rakyat dan negara.

“Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan kalian. Selamat Hari Jururawat Sedunia,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button