Malaysia teguh terajui ASEAN, Trump hargai kejayaan runding gencatan senjata
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN untuk terus memainkan peranan proaktif dalam memastikan keamanan serantau, khususnya membabitkan isu Kemboja–Thailand.
Menurut beliau, perkara itu disuarakan dalam perbualan telefon bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini.
“Presiden Trump mengiktiraf kejayaan Malaysia memudah cara perjanjian gencatan senjata antara

Kemboja dan Thailand sebagai satu pencapaian besar yang memperlihatkan kewibawaan Malaysia serta keteguhan ASEAN.
“Saya juga menyampaikan penghargaan kepada beliau atas peranan yang dimainkan AS dalam memastikan gencatan senjata itu tercapai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Anwar berkata, Malaysia menantikan kehadiran Presiden Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan yang akan menjadi platform penting bagi mengukuhkan kerjasama demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.
Perbualan telefon itu berlangsung ketika beliau menerima kunjungan hormat Wakil Perdagangan AS (USTR), Jamieson Greer, yang kini berada di Malaysia sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan mesyuarat berkaitan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








