BERITA SEMASAPMX
Agong terima mengadap Perdana Menteri
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.
Melalui hantaran di Facebook rasmi, baginda berkenan dipersembahkan perkembangan terkini urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Selain itu, pertemuan tersebut turut membincangkan isu-isu semasa yang mempunyai kepentingan buat negara.
Menurut catatan di Facebook Sultan Ibrahim, pertemuan Perdana Menteri bersama dengan Seri Paduka Baginda itu berlangsung di Istana Bukit Tunku, di sini.
Gambar yang dimuat naik memaparkan Perdana Menteri mencatat sesuatu pada buku nota beliau dalam pertemuan tersebut.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








