
Tiada rumah terbuka Aidilfitri agensi kerajaan, GLC, GLIC tahun ini
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi kerajaan supaya tidak mengadakan sambutan Aidilfitri pada tahun ini sebagai satu langkah penjimatan.
Anwar dalam satu sidang media khas sebentar tadi turut berkata, arahan itu turut terpakai buat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat berkaitan pelaburan kerajaan (GLIC).
“Justeru, ini berikan satu mesej supaya perbelanjaan lebih cermat dan sederhana. Saya ingat langkah waras ini bagi kita supaya jangan kita nanti terjebak dengan keadaan lebih parah.
Sebaiknya kita ambil sikap lebih sederhana, lebih bertanggungjawab,” katanya, hari ini.
Perdana Menteri seterusnya berkata, para menteri dan seluruh anggota pentadbiran dan jabatan-jabatan juga dihadkan lawatan ataupun kunjungan ke luar negara, melainkan yang telah dijadualkan dan wajib dihadiri.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








