PMX

PM seru rakyat sokong Aliff Rakib rebut gelaran dunia One Championhips

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia memberikan sokongan padu kepada atlet tempur negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib yang bakal beraksi merebut gelaran ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship, Jumaat ini.

Anwar berkata, kejayaan Alif Rakib melayakkan diri ke pentas perebutan gelaran dunia itu merupakan satu pencapaian bersejarah apabila beliau menjadi atlet tempur Malaysia pertama yang layak berbuat demikian.

Menurut beliau, pencapaian berkenaan bukan sahaja membanggakan negara, malah mampu menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus mengejar kejayaan di peringkat antarabangsa.

“Ayuh kita beri sokongan padu kepada saudara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib yang bakal beraksi merebut gelaran ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship, Jumaat ini.

“Alif Rakib melakar sejarah sebagai atlet tempur Malaysia pertama yang layak merebut gelaran tersebut. Semoga terus mengharumkan nama Malaysia dan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengukir kejayaan di persada dunia,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Atlet Muay Thai negara itu bakal berdepan legenda Thailand Sam-A Gaiyanghadao dalam kejohanan yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button