BERITA SEMASAPMX

Lawatan Rasmi PM ke Timor-Leste buka lembaran baharu kerjasama strategik

DILI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan rasmi penuh istiadat di Istana Presiden termasuk melakukan pemeriksaan barisan kawalan kehormatan statik sempena lawatan rasminya ke Timor-Leste, semalam.

Sejurus selepas itu, Anwar mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Timor Leste, Dr. José Ramos-Horta sebelum kedua-dua pemimpin mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala.

Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada pelbagai bidang berpotensi, antaranya pertahanan, kesihatan, komunikasi, pendidikan, budaya, pengecualian visa, pelaburan dan perdagangan.

Menurut Anwar, pertemuan itu turut menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai hubungan dua hala serta isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama dalam suasana mesra serta konstruktif.

“Hasil perbincangan ini turut kami kongsikan bersama media tempatan dan Malaysia dengan harapan sinergi baharu dapat dilaksanakan demi manfaat rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Beliau menegaskan, lawatan tersebut bukan sahaja memperkukuh persahabatan Malaysia–Timor Leste, malah membuka lembaran baharu kerjasama strategik yang diyakini mampu menyumbang kepada kestabilan, kemakmuran dan keamanan serantau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button