PMX

Kebajikan keluarga ATM terus jadi keutamaan, Anwar tinjau kerja selenggara RKAT

GEMAS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau beberapa unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Markas Garison Gemas, Kem Syed Sirajuddin, di sini yang sedang menjalani kerja-kerja selenggara.

Anwar berkata, kerja-kerja baik pulih berkenaan meliputi pembaikan kemudahan asas bagi memastikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka dapat mendiami kediaman yang lebih selesa serta kondusif.

Menurut beliau, kebajikan dan keselesaan keluarga ATM akan terus diberi keutamaan oleh kerajaan menerusi jentera MADANI.

“Meninjau beberapa unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Markas Garison Gemas, Kem Syed Sirajuddin, Gemas yang sedang jalani kerja-kerja senggaraan.

“Kerja-kerja baik pulih meliputi pembaikan kemudahan asas sedang dijalankan, dan ini penting bagi memastikan anggota dan keluarga mereka dapat mendiami rumah yang lebih selesa dan kondusif,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Baca juga : RKAT Kem Perdana Sungai Besi diberi wajah baharu: Kebajikan anggota ATM jadi keutamaan

Anwar menambah, usaha penambahbaikan kemudahan kediaman warga ATM merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam memastikan kebajikan anggota keselamatan negara sentiasa terbela.

“Kebajikan dan keselesaan keluarga Angkatan Tentera Malaysia akan terus menjadi keutamaan saya dan jentera MADANI,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button