BERITA SEMASAPMX

Suami isteri kendong bayi dengan alat bantuan pernafasan terima perhatian PM

KUALA LUMPUR – Kesusahan yang dilalui oleh pasangan suami isteri menaiki motosikal sambil membawa bayi mereka yang dilengkapi alat bantuan pernafasan, telah mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, menerusi Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi memohon agar orang ramai untuk tampil sekiranya mempunyai maklumat berhubung keluarga berkenaan.

“Mohon sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keluarga ini untuk salurkan kepada saya di ruangan komen di bawah agar kami dapat menghubungi mereka.

“Hal ini mendapat perhatian Anwar dan insyaAllah pihak kami akan membantu keluarga ini untuk menambah baik kehidupan seharian mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial gambar tiga sekeluarga menaiki motosikal dengan isteri menggendong anak sambil memakai beg dilengkapi alat bantuan pernafasan bagi kegunaan bayi mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button