BERITA SEMASAPMX

Politik kebencian belenggu negara – PM Anwar

PUTRAJAYA – Situasi politik negara kini dibelenggu politk kebencian yang menebal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini menyebabkan menyebabkan segala keputusan dan tindakan kerajaan yang berasaskan fakta ‘diserang’ dan dijadikan isu politik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Tidak ambil gaji dihina, banteras rasuah dihina, baik dengan Hamas pun dihina. Dengan BlackRock pun dia kata ejen Yahudi,” katanya ketika berucap di hadapan 700 kakitangan Perbendaharaan dan agensi Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan; Timbalan Menteri, Lim Hui Ying; dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Kata Anwar lagi, politik kebencian tidak seharusnya mengganggu tugas penjawat awam dalam melaksanakan amanah masing-masing demi negara.

“Sebab itu kalau lihat di media sosial, ucapan-ucapan pembangkang termasuk di Sungai Bakap (pilihan raya kecil), apa yang mereka tidak panggil saya.

“(Saya digelar) Dajjal, ejen Israel dan Yahudi, jual negara kepada China, semua dia (pembangkang) sebut.

“Saya seringkali jawab sikit-sikit tapi saya tak peduli kerana saya fikir kita punyai tugas. Yang dilontarkan hanya kebencian, fakta tidak dipedulikan sama sekali.

“Fakta tidak sama sekali dipedulikan, yang dilontarkan adalah kebencian. Apakah ini harus mengganggu kita? Tidak,” kata Perdana Menteri lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button