BERITA SEMASA

PM harap hubungan serantau Malaysia terus kukuh

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan harapan agar hubungan Malaysia dengan negara-negara jiran di ASEAN, Asia serta seluruh dunia terus harmoni dan memberi manfaat dalam aspek diplomatik, ekonomi dan pelaburan.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama tiga rakan sejawatnya, iaitu Perdana Menteri Australia Anthony Albanese; Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao dan Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra.

Perbualan bersama ketiga-tiga pemimpin tersebut menyentuh pelbagai isu semasa termasuk perkembangan global, situasi ASEAN, kesan tarif Amerika Syarikat serta usaha memperkukuh kerjasama dua hala dan serantau.

“Dalam perbualan bersama Albanese, saya menjemput beliau untuk melawat Malaysia, sekali gus mengukuhkan persahabatan sedia ada, lebih-lebih lagi selepas kejayaan beliau mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri Australia untuk penggal kedua,” kata Anwar.

Sementara itu, dalam perbualan dengan Gusmao, Anwar menyentuh isu krisis kemanusiaan di Myanmar, kedudukan tetap Timor-Leste dalam ASEAN serta peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menjelang Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur hujung bulan ini.

Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa perbincangan bersama Paetongtarn Shinawatra melibatkan kemas kini isu dua hala termasuk Dialog Damai Selatan Thailand, yang menurutnya memerlukan pendekatan damai tanpa elemen keganasan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button