CSA perkukuh kestabilan politik, pacu reformasi institusi
PUTRAJAYA – Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) antara kerajaan MADANI dengan Ahli-ahli Parlimen daripada BERSATU, MUDA serta dalam kalangan wakil rakyat bebas akan memperkukuh kestabilan politik dan memacu reformasi institusi.
Menteri Belia dan Sukan Mohammed Taufiq Johari berkata, perjanjian itu juga mencerminkan kematangan demokrasi dengan meletakkan kepentingan negara mengatasi perbezaan politik.
“Ia juga akan membantu memastikan kelancaran kelulusan dan pelaksanaan Belanjawan 2027, membolehkan kerajaan meneruskan agenda pembangunan ekonomi serta memperkukuh perlindungan sosial,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau seterusnya berkata, perjanjian tersebut turut menyokong agenda reformasi institusi, termasuk mengehadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri serta mengasingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
Beliau dalam masa sama memuji kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berunding merentasi jurang politik, sambil menyifatkan pendekatan sedemikian berupaya memperkukuh kestabilan politik negara.
“Sudah tiba masanya untuk Malaysia melangkah ke hadapan melangkaui perbezaan dan pertikaian politik,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







