BERITA SEMASA
SPRM serahkan notis isytihar harta kepada Nazir, abang
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menyerahkan notis kepada Datuk Seri Nazir Hussin dan Datuk Wira Mubarak Hussain Akhtar Husin bagi tujuan pengisytiharan harta pada 20 Oktober lalu.
Menurut SPRM dalam satu kenyataan ringkas, notis tersebut dikeluarkan di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009.
“Nazir telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk menerima notis tersebut manakala abangnya, Mubarak telah menerima notis tersebut di kediamannya,” kata kenytataan tersebut, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan perkara itu sambil berkata, kedua-dua individu terbabit telah akur menerima notis berkenaan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








