JENAYAH & MAHKAMAH

Pegawai polis direman 4 hari kerana disyaki minta rasuah

ALOR SETAR – Seorang pegawai polis direman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM20,000 sebagai balasan menukar pertuduhan ke atas pesalah trafik.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Fatin Dalilah Khalid selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan pukul 12.50 tengah hari semalam dalam satu serbuan di sebuah kedai makan di Sungai Petani.

“Siasatan awal mendapati, suspek menerima wang rasuah kira-kira RM2,000 secara tunai sekitar pertengahan Disember tahun lalu.

“Ketika tangkapan dilakukan ke atas suspek semalam, dia disyaki meminta lagi RM20,000 daripada mangsa,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button