SPRM kesan wanita bantu siasatan kes rasuah
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung satu kes yang disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan individu berkenaan ialah Choo Lee Peng, 58, yang mempunyai alamat terakhir di No. 21, Selasar Rokam 32, Taman Ipoh Jaya, 31350 Ipoh, Perak.
Menurut kenyataan itu, wanita itu dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Choo Lee Peng diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, PPs Mohd Ramadan Alias di talian 014-5012885 atau melalui e-mel Ramadan.alias@sprm.gov.my,” katanya hari ini.
SPRM turut memohon kerjasama orang ramai bagi menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





















