SPRM buru Adam Radlan susulan siasatan projek lebuh raya MEX 2
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini mengesan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad bagi membantu siasatan berkaitan projek pembinaan lebuh raya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau MEX 2.
Tindakan itu dibuat susulan siasatan yang sedang dijalankan terhadap projek berkenaan, yang melibatkan jajaran dari Persimpangan Putrajaya hingga KLIA.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan Adam Radlan beralamat terakhir di A16-2 Sunway Pallazio, Jalan Sri Hartamas 3, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.
“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Sharan Raj Govindasamy di talian 014-3560771 atau emel kepada sharanraj@sprm.gov.my,” katanya.
Difahamkan, Adam Radlan, 44, dicari bagi membantu siasatan projek MEX 2, selepas sebelum ini turut berdepan siasatan berkaitan projek Jana Wibawa.
Beliau bagaimanapun dilepaskan dan dibebaskan oleh mahkamah daripada 12 pertuduhan rasuah serta pengubahan wang haram melibatkan projek tersebut selepas membayar kompaun RM4.1 juta.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








