SPRM kesan dua warga Bangladesh sebagai saksi kes rasuah
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang giat mengesan dua lelaki warganegara Bangladesh bagi membantu perbicaraan kes rasuah yang sedang berlangsung di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan SPRM, kedua-dua individu tersebut diperlukan untuk hadir sebagai saksi pendakwaan bagi kes yang melibatkan pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694].
Katanya, perbicaraan berkenaan dijadualkan berlangsung sepanjang bulan Julai, Ogos dan September ini.
“Fardin Mahi, saksi pertama pendakwaan telah gagal dihubungi walaupun usaha mengesannya telah dibuat di alamat terakhirnya iaitu No 6, Level 16, Block A, Menara City One , Jalan Munshi Abdullah, 50100, Kuala Lumpur.
“Seorang lagi saksi pendakwaan Md Sumon Hossain juga gagal dikesan di alamat terakhirnya iaitu Residensi Pandanmas, Blok B-20-05, Lorong Delapan, Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur,” katanya hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui lokasi terkini kedua-dua individu tersebut diminta untuk tampil membantu pihak berkuasa.
Maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Mohd Hafifi Rahmat di talian 018-6632034 atau menghubungi Pejabat SPRM Kuala Lumpur di talian 03-92065000.
Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat melalui e-mel ke hafifi.rahmat@sprm.gov.my.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








