BERITA SEMASA

Seleweng dana NGO RM13 juta: Pendakwah terkenal bakal didakwa esok

KUALA LUMPUR – Seorang pendakwah bebas yang juga pempengaruh agama terkenal dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban, esok berhubung kes penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumlah hampir RM13 juta.

Pendakwah berusia 30-an yang juga pengerusi NGO berkenaan dijangka didakwa bersama seorang wanita yang memegang jawatan setiausaha pertubuhan itu.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kedua-duanya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada pukul 9 pagi esok.

“Dia dan seorang wanita akan dituduh esok berhubung satu kes yang dibuka SPRM beberapa bulan lalu,” katanya memetik laporan BH Online.

Media sebelum ini melaporkan pendakwah bebas yang juga dikenali sebagai pempengaruh agama di media sosial, terutama TikTok ditahan SPRM Negeri Sembilan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana NGO terbabit.

Individu berkenaan dipercayai menyalahgunakan kedudukannya dan bersubahat dengan ahli jawatankuasa lain dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun bank miliknya serta lapan akaun syarikat yang turut dimilikinya.

Siasatan SPRM sebelum ini dijalankan bagi mengenal pasti aliran dana terbabit serta kemungkinan wujud salah guna kuasa dalam pengurusan kewangan NGO berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button