SUKAN

Tiket MADANI F1 Sepang laris, habis terjual

TEMERLOH – Tiket MADANI bagi menyaksikan perlumbaan Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 2 hingga 4 Oktober ini mendapat sambutan menggalakkan apabila kesemuanya sudah habis terjual.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, pihak SIC memaklumkan permintaan tinggi daripada rakyat Malaysia terhadap tiket berharga serendah RM200 itu sebaik jualan dibuka kepada umum.

“Setakat hari ini (tiket Madani) memang dah terjual dengan secara keseluruhan, tetapi kita akan melihat juga sekiranya ada ruang dan keperluan untuk tambahan (tiket Madani) dan sebagainya. Kita akan umumkan dari semasa ke semasa,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Program Innovation Development Through Educational Activities (iDEA’26) dan Jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Institusi Latihan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) Zon Timur 2026 di Dewan Tun Razak, di sini hari ini.

Kerajaan sebelum ini bersetuju menawarkan Tiket MADANI pada harga serendah RM200 kepada pemegang MyKad bagi menyaksikan F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di SIC pada Oktober ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif berkenaan adalah hasil perbincangan dan persetujuan bersama pihak Bahrain, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menikmati pengalaman menyaksikan perlumbaan F1 secara langsung.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button