PMX

Program Temu Anwar: PM jemput warga Sabah ke UMS Rabu ini

Poster yang dimuat naik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook miliknya hari ini. – Foto Facebook Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa warga Sabah untuk turut menyertai sesi Temu Anwar yang akan diadakan pada Rabu ini.

Anwar menerusi satu poster yang dimuat naik di Facebook miliknya berkata, program berkenaan akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Katanya, program tersebut akan memberi peluang kepada seluruh lapisan masyarakat untuk mengajukan apa jua soalan kepada beliau.

“Saya ingin menjemput warga Sabah untuk turut serta dalam sesi Temu Anwar yang akan diadakan pada hari rabu ini bersamaan 31 Mei 2023 bertempat di UMS.

“Sesi Temu Anwar ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat terutamanya anak muda untuk bertanyakan apa jua soalan secara terus kepada saya,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Program anjuran Anwar Ibrahim Club dengan kerjasama UMS itu akan bermula 4 petang dan pendaftaran boleh dibuat melalui temuanwar.com.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button