Kerajaan Perpaduan terbuka terima teguran, sedia baiki kelemahan – PM Anwar
PUTRAJAYA – Kerajaan Perpaduan bersedia memperbaiki sebarang kelemahan yang dikenal pasti dalam pentadbiran, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, pihaknya tidak menafikan bahawa masih terdapat ruang penambahbaikan dalam pelaksanaan dasar dan pentadbiran Kerajaan MADANI, namun komitmen untuk mendengar pandangan rakyat dan melakukan penyesuaian sentiasa menjadi keutamaan.
“Kalau ada kelemahan, kita boleh perbaiki. Saya tidak kata yang kita lakukan ia sempurna tapi kita sentiasa dengar dan ubah suai apa yang perlu,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan amanat pada Seminar Pemantapan Organisasi dan Jelajah Presiden peringkat Wilayah Persekutuan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








