TMJ sedia bayar cukai AS$1 bilion bagi urus niaga tanah di Singapura
KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan dakwaan bahawa liabiliti cukai melebihi AS$1 bilion (RM4.04 bilion) menjadi punca kelewatan rancangan penjualan tanah seluas 16.6 hektar milik baginda di Singapura.
Sebaliknya Tunku Ismail berkata, baginda bersedia membayar jumlah berkenaan sekiranya ia dikenakan sebagai sebahagian daripada urus niaga tersebut.
“As a regular tax payer, this is normal. No complication and more than happy to contribute to both countries. Should make it double,” titah baginda menerusi hantaran di platform X.
Sebelum ini, Bloomberg melaporkan levi dikenali sebagai land betterment charge antara perkara yang menghalang rundingan antara Tunku Ismail dan bakal pembeli tanah berkenaan.
Menurut laporan itu, Urban Redevelopment Authority (URA) Singapura pada Mac lalu memaklumkan bahawa Tunku Ismail telah memohon untuk membangunkan tanah berkenaan bagi tujuan kediaman.
URA turut mencadangkan penukaran zon pembangunan tanah itu bagi membolehkan pembinaan rumah banglo berstatus Good Class Bungalow (GCB) serta kediaman bertingkat rendah lain.
Ketua Pegawai Penyelidik portal hartanah tempatan Mogul.sg, Nicholas Mak sebelum ini menganggarkan nilai tanah berkenaan antara S$3.8 bilion (RM12.1 bilion) hingga S$4.7 bilion (RM15 bilion) sekiranya permohonan penukaran zon pembangunan diluluskan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








