SUKANBERITA SEMASA

Stadium Shah Alam dirobohkan, TMJ ucap terima kasih

SHAH ALAM – Stadium Shah Alam yang selama ini menjadi rumah kepada pasukan Selangor, kini sedang dalam proses perobohan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Stadium Shah Alam menerusi laman sosial beliau.

“Terima kasih SSA,” katanya dalam satu ciapan di Instagramnya.

Dalam pada itu, stadium yang pernah menjadi saksi kepada pelbagai perlawanan bersejarah yang dibina pada tahun 1994 itu akan digantikan dengan Kompleks Sukan Stadium Shah Alam (KSSA) yang dijangka siap pada tahun 2026.

Kompleks Sukan Shah Alam itu bakal menggantikan stadium lama yang akan mempunyai fasiliti sukan yang lebih lengkap dan bertaraf dunia.

Proses perobohan merupakan langkah pertama dalam transformasi besar yang akan memberikan wajah baharu kepada infrastruktur sukan di Shah Alam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button