Dakwaan JDT dibiaya dana awam tidak benar – MB
JOHOR BAHRU – Johor menafikan dakwaan mengatakan sebahagian besar hasil kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), diterima daripada sumber awam atau kerajaan.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, segala tajaan syarikat swasta kepada JDT adalah melalui Majlis Sukan Negeri, bagi tujuan tadbir urus serta pelepasan cukai pihak penaja.
“Banyak penajaan daripada syarikat swasta disalurkan melalui Majlis Sukan bagi tujuan tadbir urus dan pelepasan cukai. Oleh itu, angka yang dipetik oleh pihak tertentu tidak boleh disamakan sebagai pembiayaan langsung kerajaan terhadap operasi kelab.
“Pada masa yang sama, sebarang geran atau sumbangan kerajaan yang disalurkan adalah khusus untuk pembangunan sukan akar umbi, termasuk program pembangunan bola sepak belia, kejohanan di peringkat daerah serta pengukuhan ekosistem bola sepak negeri melalui Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan persatuan daerah,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.
Selain itu, katanya, geran atau sumbangan kerajaan yang disalurkan bagi pembangunan sukan akar umbi melalui Persatuan Bola Sepak Negeri Johor serta persatuan daerah dan bukan untuk operasi pasukan JDT.
Beliau berharap semua pihak lebih bertanggungjawab dalam menyemak fakta sebelum disebar, bagi mengelak kekeliruan yang menjejaskan ekosistem sukan Johor.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








