Ronaldo cipta magis, sumbat gol akrobatik saat akhir
RIYADH – Aksi penuh sensasi kembali mewarnai Liga Pro Saudi apabila Cristiano Ronaldo, pada usia mencecah 40 tahun, sekali lagi membuktikan magisnya menerusi jaringan ‘bicycle kick’ yang terhasil pada waktu kecederaan, membantu Al-Nassr membenam Al-Khaleej 4-1, awal pagi tadi.
Gol itu bukan sahaja memukau stadium, malah menghidupkan semula memori kehebatan beliau ketika era Real Madrid, khususnya jaringan ikonik menentang Juventus pada Liga Juara-Juara 2018.
Ronaldo, yang baru pulang daripada lawatan kontroversi ke Rumah Putih untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, langsung tidak mempamerkan kepenatan, sebaliknya tampil bertenaga sepanjang perlawanan.
Media sosial turut ‘meletup’ dengan pujian, apabila rata-rata peminat menyatakan kekaguman terhadap kemampuan bintang Portugal itu yang kini berusia 40 tahun itu.
Jaringan tersebut turut diraikan rakan sepasukan, Salem Al-Najdi, yang mengenakan agal, iaitu aksesori tradisional Arab di kepala Ronaldo sebagai simbol penghormatan.
Kemenangan itu mengekalkan Al-Nassr di tangga teratas liga dengan kelebihan empat mata berbanding pencabar terdekat, Al-Hilal.
Ronaldo terus memburu kejuaraan pertamanya bersama kelab tersebut selepas hampir tiga tahun berhijrah ke Arab Saudi tanpa sebarang trofi utama setakat ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








