SUKANLUAR NEGARA

Real Madrid juara eropah kali ke-15 hampakan Dortmund

LONDON – Real Madrid menempa sejarah sebagai juara Eropah buat kali ke-15 selepas menewaskan Borussia Dortmund 2-0 pada final Liga Juara-Juara Eropah di Wembley semalam.

Pada aksi final ini Real kerap diancam Dortmund tetapi akhirnya berjaya dengan jaringan Dani Carvajal dan Vinicius Jr.

Skuad kendalian Carlo Anceloti mula mendominasi permainan sebaik sahaja bek kanan, Carvajal menanduk sepakan sudut Toni Kroos pada minit ke-74.

Bagi memastikan gelaran Eropah ke-15 buat Real, Vincius telah meledakkan gol pada minit ke-83 pada perlawanan final tersebut.

kekalahan yang memeritkan buat kelab Dortmund selepas beberapa peluang keemasan membuka jaringan di babak pertama gagal dimanfaatkan, terutama menerusi percubaan jarak dekat Niclas Fullkrug yang terkena tiang.

Dortmund terus di hukum apabila jaringan Fulkrug menewaskan Thibaut Courtois di akhir permainan berkenaan tidak dikira kerana ofsaid.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button