BERITA SEMASASUKAN

Malaysia layak ke Piala Dunia Hoki 2026

KUALA LUMPUR – Skuad hoki negara layak tempat ke Piala Dunia Hoki 2026 di Belanda dan Belgium meskipun masih perlu berdepan Jepun dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat pada kejohanan kelayakan di Chile, esok.

Memetik laporan Astro Arena, kedudukan ranking dunia Malaysia yang berada di tangga ke-13 memastikan skuad negara tetap meraih tiket ke kejohanan itu selepas satu lagi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat menemukan Wales serta Poland yang berada pada ranking lebih rendah.

Terdapat dua senario yang boleh memihak kepada Malaysia dalam saingan kelayakan tersebut.

Senario pertama menyaksikan skuad negara menamatkan pusingan kelayakan dalam kelompok tiga terbaik, dengan kemenangan ke atas Jepun secara automatik menghadiahkan tiket sebagai salah satu daripada tiga pasukan teratas.

Namun, sekiranya tewas sekali pun, Malaysia masih berpeluang mara menerusi slot keempat yang diberikan kepada pasukan tangga keempat dengan ranking dunia tertinggi.

Dengan ranking dunia Malaysia ketika ini di kedudukan ke-13, lebih tinggi berbanding pasukan tangga keempat lain seperti Wales dan Poland, situasi tersebut menyaksikan skuad negara sudah mengesahkan tempat ke pentas dunia.

Peminat hoki tanah air kini menantikan aksi menentang Jepun, dengan kemenangan dalam perlawanan itu bakal mengukuhkan lagi pencapaian skuad negara dalam kempen kelayakan.

Kejohanan Piala Dunia Hoki 2026 dijadual berlangsung di Belanda dan Belgium dari 15 hingga 30 Ogos ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button