SUKAN

FAM beri penjelasan rasmi kepada Pesuruhjaya Sukan isu penyata kewangan

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan pihaknya telah mengemukakan penjelasan rasmi kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia berhubung isu pembentangan penyata kewangan dan bajet yang dibangkitkan semasa Kongres Luar Biasa FAM Pertama 2026 pada 4 Jun lalu.

FAM berkata, surat rasmi bertarikh 8 Jun 2026 telah dihantar bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung perkara tersebut.

Menurut badan induk bola sepak negara itu, penjelasan berkenaan dibuat susulan beberapa kenyataan dan dakwaan yang menimbulkan persepsi bahawa FAM tidak membentangkan penyata kewangan teraudit serta bajet tahunan kepada ahli-ahli gabungan mengikut peruntukan yang ditetapkan.

“Penjelasan tersebut dibuat susulan beberapa kenyataan dan dakwaan yang telah menimbulkan persepsi seolah-olah FAM tidak membentangkan penyata kewangan teraudit serta bajet tahunan kepada ahli-ahli gabungan mengikut peruntukan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

FAM turut berkata, pihaknya sentiasa menghormati peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dalam memastikan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“FAM akan terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkenaan dalam sebarang perkara yang memerlukan penjelasan lanjut.

“Sebagai badan induk bola sepak negara, FAM menghormati peranan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dalam memastikan pematuhan terhadap Akta Pembangunan Sukan 1997 dan akan terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkenaan,” katanya lagi.

Isu berhubung pembentangan penyata kewangan dan bajet FAM itu menjadi perhatian selepas dibangkitkan semasa Kongres Luar Biasa FAM Pertama 2026 yang berlangsung pada 4 Jun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button